Metramac tutup sementara lorong satu tol
Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 7 Julai – Syarikat konsesi lebuh raya bertol untuk
East-West Link Ekspressway, Metramac Corporation Sdn. Bhd. (Metramac)
mengumumkan penutupan sementara lorong satu bagi Plaza Tol 4 (sempadan
Petaling Jaya) dan Plaza Tol 5 (sempadan Cheras) selama empat hari berikutan
kerja-kerja menaik taraf sistem tol sehingga 10 Julai ini.
Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Korporat Metramac, Fazlyaton Hussein
dalam kenyataannya hari ini berkata, penutupan lorong melibatkan lorong
satu bagi kedua-dua plaza tol konsesi itu di sekitar ibu negara.
“Penutupan lorong itu akan bermula pada pukul 8 pagi 7 Julai
sehingga 8 malam 10 Julai ini.”
“Kenderaan berat dinasihatkan tidak menggunakan lebuh raya ini
sepanjang tempoh penutupan lorong itu dan mencari laluan alternatif
lain,” katanya.
Beliau berharap agar para pengguna lebuh raya tersebut mematuhi arahan
papan tanda bagi melancarkan perjalanan kenderaan.
Tambahnya, sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hotline Metramac menerusi
talian 03-91732020.
>top